Saturday, January 21, 2012

Majlis Bacaan Yaasin, Doa Kesyukuran & Solat Hajat Sempena Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2012

Assalamualaikum,

Semua Ahli Majlis MPKB Sub Zon F di jemput untuk menghadiri Majlis Bacaan Yaasin, Doa Kesyukuran & Solat Hajat Sempena Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2012


Pada 26/1/2012 (Khamis), Jam 7:00 malam bertempat di Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Setiausaha MPKB Sub Zon F, En. Hashim Mohd Yassin di talian 016-6765820.

Tuesday, August 2, 2011

Ahlan Wasahlan...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang telah sampai ke laman blog ini. Tujuan blog ini dibangunkan adalah untuk merapatkan hubungan sesama pemastautin di kawasan MPKB Sub Zon F dan juga sebagai medium alternatif  untuk anda semua menyampaikan maklum balas dan mengetahui aktiviti MPKB Sub Zon F secara dalam talian.

Sebagai lazimnya, anda juga adalah digalakkan untuk memberikan komen dan pendapat anda bagi membantu kami untuk melicinkan lagi pengurusan aktiviti di kawasan kita.

Anda boleh mencapai kami secara dalam talian di :

email: mpkb_zonf@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/mpkbzonf

Di kesempatan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih di atas lawatan anda di laman blog ini dan semoga kita dapat mencapai permuafakatan bersama bagi meneguhkan lagi ikatan persaudaraan kita di kawasan MPKB Sub Zon F.

Terima kasih;

Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi MPKB,
Sub Zon F,
Putrajaya.